LIKE KEDAH FC FAN PAGE

Sponsored Post

Sunday 30 November 2014

Harimau Malaya melangkah ke Separuh Akhir Piala AFF Suzuki 2014

        Malaysia berjaya menempah slot separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014 selepas mengalahkan jiran mereka, Singapura 3-1 pada aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Nasional di Singapore Sports Hub, Sabtu malam.

Keputusan itu menyaksikan skuad Harimau Malaya kendalian Dollah Salleh mengiringi Thailand pada peringkat separuh akhir yang bakal diadakan awal Disember ini.

Thailand sudah mengesahkan kemaraan lebih awal selepas meraih dua kemenangan awal ke atas Malaysia dan Singapura, sebelum ini.

Pada aksi Sabtu malam, kedua-dua pasukan bermula agak perlahan sebaik sahaja pengadil dari Oman, Al Kaf Ahmed Abu Bakar Said meniupkan wisel perlawanan.

Skuad Harimau Malaya berpeluang membuka tirai jaringan pada minit ke-42, namun percubaan penyerang, Mohd Safee Mohd Sali sekadar singgah di palang gol Singapura ketika penjaga gol tuan rumah, Hassan Abdullah Sunny sudah tertewas.

Kedua-dua pasukan terus melakukan asakan ke kubu lawan namun buntu untuk menemui sentuhan jaringan dan keputusan itu kekal sehingga berakhirnya separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua perlawanan, skuad negara kembali menggandakan asakan bagi memburu jaringan dan usaha mereka nyata berhasil apabila penyerang veteran negara, Mohd Safee menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-61 menerusi rembatan kencang.

Jaringan tersebut ternyata memberikan keceriaan kepada hampir 1,000 penyokong skuad Harimau Malaya yang hadir.

Tersentak dengan gol tersebut, Singapura yang merupakan juara bertahan kembali memperkemaskan permainan dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-83 menerusi penyerang, Mohammad Khairul Amri Mohammad Kamal yang menolak masuk bola ke gawang Malaysia selepas berlaku kekalutan di depan pintu gol.

Skuad Harimau Malaya nyata tidak mudah mengalah dan berjaya mendahului pada minit ke-91 hasil sepakan penalti perancang tengah, Safiq Rahim selepas pemain negara, Mohd Amri Yahyah dijatuhkan oleh pertahanan Singapura di dalam kotak penalti.

Pemain gantian, Indra Putra Mahayuddin memastikan tiket separuh akhir menjadi milik Malaysia selepas meledak jaringan kemenangan, selang tiga minit kemudian.

Dalam satu lagi aksi kumpulan B, Thailand mengekalkan rekod bersih selepas membenam Myanmar 2-0 di Stadium Jalan Besar.

Dua gol skuad 'Gajah Perang' dijaringkan oleh Tanaboon Kesarat pada minit ke-12 dan Prakit Deeporm pada minit ke-83.

Pada peringkat separuh akhir nanti, Malaysia akan bertemu juara kumpulan A, Vietnam manakala Thailand yang merupakan juara tiga kali bakal membuat perhitungan dengan naib juara kumpulan A, Filipina.

Perlawanan separuh akhir akan dijalankan mengikut format timbal balik, iaitu separuh akhir pertama pada 6 dan 7 Dis, manakala separuh akhir kedua pada 10 dan 11 Dis.

Sementara itu dalam laman Twitter terbaharunya Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada pasukan Harimau Malaya di atas kejayaan mereka itu.

"Tahniah Harimau Malaya berjaya tundukkan Singapura 3-1. Kita mara ke separuh akhir! #AFFSuzukiCup," kata Perdana Menteri.- BERNAMA








Friday 28 November 2014

AFF SUZUKI CUP 2014 : MISI WAJIB MENANG HARIMAU MALAYA KE ATAS SINGAPURA





SINGAPURA, 27 Nov- Pengendali skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh mengingatkan pemain supaya kekal fokus bagi memburu kemenangan ke atas Singapura pada aksi terakhir kumpulan B Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Nasional, Singapore Sports Hub, Sabtu ini.

Jurulatih itu mengakui mereka kini berada di jalan sehala dan hanya kemenangan sahaja akan menjamin tempat ke peringkat separuh akhir edisi ke-10 kejohanan bola sepak rantau Asia Tenggara itu.

"Kita kena fokus 90 minit. Walaupun kita main baik, tapi kalau keputusan mengecewakan, tidak berguna juga. Saya harap para pemain dapat mencari kemenangan bagi pastikan kita layak ke separuh akhir," kata Dollah ketika ditemui pemberita selepas sesi latihan skuad itu di Stadium Bishan, di sini, Khamis.
        JURULATIH HARIMAU MALAYA: DOLLAH SALLEH
Dalam pada itu, Dollah mengingatkan skuad kendaliannya supaya tidak memandang rendah keupayaan negara Seberang Tambak itu yang sah kehilangan tiga tonggak utama pada aksi Sabtu ini.

Mereka adalah perancang tengah, Shahdan Sulaiman yang retak buku lali pada aksi kedua menentang Myanmar di Stadium Nasional, Rabu yang menyaksikan mereka menang 4-2.

Pemain sayap kanan, Ismadi Mukhtar pula mengalami kecederaan pangkal paha manakala pemain pertahanan, Baihakki Khaizan digantung satu perlawanan selepas mengutip dua kad kuning.

Dalam pada itu, Dollah nyata terkilan selepas mereka tidak dibenarkan menjalani sesi latihan terakhir di Stadium Nasional Jumaat sebelum berhadapan Singapura.

                     


Beliau dimaklumkan mengenai perkara itu oleh Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada saat-saat akhir bahawa pemilik stadium, Singapore Sports Hub hanya membenarkan stadium berkenaan digunakan pada hari perlawanan bagi menjaga kualiti padang rumputnya.

"Kita kena terima keputusan ini cuma saya kurang berpuas hati kerana pemain saya tidak dapat mencuba padang di Stadium Nasional," jelas Dollah.

Berkongsi pandangan sama adalah penyerang veteran negara, Mohd Safee Mohd Sali yang menyifatkan pasukan Singapura mempunyai barisan pemain pengganti yang lengkap walaupun ketiadaan khidmat tiga pemain utama mereka.

Penyerang kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) itu turut menyeru rakan sepasukan supaya melupakan kekalahan tipis kepada Thailand, Rabu dan kekal fokus sepenuhnya menentang Singapura nanti.



       

"Saya masih yakin kita mampu mara ke peringkat seterusnya dengan corak permainan yang ditunjukkan amat baik. Dari situ, kita akan bertambah yakin dan kita lihat Singapura tidak sekuat dulu.

"Saya akan terus menggandakan usaha di jentera serangan dan saya harap rakan sepasukan beri bantuan kepada saya untuk menjaringkan gol pada perlawanan itu nanti," jelas Mohd Safee yang menyifatkan pertemuan dua negara berkenaan merupakan satu perlawanan penuh bersejarah.

Malaysia tidak mempunyai pilihan lain selain menundukkan Singapura sekiranya berhasrat meneruskan perjuangan mereka pada kejohanan ini.

Singapura pula hanya memerlukan keputusan seri untuk mengiringi Thailand yang sudah mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas meraih dua kemenangan.

Thailand mengalahkan Singapura 2-1 pada aksi pembukaan, Ahad lepas di Stadium Nasional sebelum menundukkan Malaysia 3-2 pada aksi penuh dramatik di Stadium Jalan Besar, Rabu.

Sumber-- BERNAMA


Thursday 27 November 2014

PIALA AFF SUZUKI 2014 ( SINGAPORE - VIETNAM )

Kerancakan Piala AFF Suzuki 2014 sudahpun bermula pada 22 November yang lalu. Kejohanan kali ini menyaksikan Singapore dan Vietnam menjadi tuan rumah selepas Malaysia dan Thailand melakukannya pada tahun 2012. Juara bertahan, Singapura, sudah semestinya ingin mempertahankan Piala AFF Suzuki setelah menjulangnya pada tahun 2012. Tidak kurangnya pasukan Malaysia yang ingin memulihkan reputasi dan ingin bangkit seperti mana yang dilakukan pada tahun 2010.

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Dollah Salleh menyenaraikan senarai akhir 22 pemain yang akan beraksi di Kejohanan Piala AFF Suzuki 2014. Rata-rata pemain adalah pemain senior dan Shukor Adan, 35 tahun, dilantik menjadi Kaptain pasukan Malaysia.


SENARAI 22 PEMAIN MALAYSIA


Kumpulan A - Filipina, Laos, Indonesia, Vietnam






Kumpulan B - Myanmar, Singapore, Malaysia, Thailand



Wednesday 26 November 2014

LATIHAN HARI PERTAMA PEMAIN KEDAH UNTUK MUSIM 2015

       Skuad Hijau kuning telah memulakan sesi latihan mereka pada 25 November 2015 jam 5 petang di padang Stadium Darul Aman, alor setar. Kehadiran sekitar 200 penyokong setia Hijau Kuning memberi petanda awal bahawa mereka tidak sudah sabar menyaksikan skuad transformasi 2015 yang dibarisi oleh muka baru dan lama ini menggegarkan pentas Liga Malaysia 2015. Dengan Kehadiran pemain-pemain import yang baru iaitu  Chidi Edez, Keith Nah dan Lawrence Olum serta seorang lagi pemain import Asia dari Jepun (belum disahkan) sudah pasti memberi impak yg lebih mantap kepada pasukan Kedah.














                                      
                                           Sumber Gambar : Persatuan Bolasepak Kedah -KFA-

Monday 24 November 2014

JERSI KEDAH FA 2015

Secara rasminya, tiga jersi Kedah FA bagi musim 2015 telah diumumkan oleh KFA. Rekaan jersi yang dipilih akan menjadi jersi kebanggaan skuad Helang Merah musim 2015 bagi mengharungi kancah Liga Perdana. Pemenang bagi rekaan jersi Home adalah Mohamad Hafizie Noraziz. Pemenang rekaan jersi Away adalah Harith Hashim. Pemenang rekaan jersi Third pula adalah Mohamad Yusri Saad.

Tahniah diucapkan kepada Harith, Hafizie dan Yusri !

Berikut merupakan Ketiga-tiga Jersi yang telah dipilih:

Jersi Home oleh Mohamad Hafizie Noraziz






Jersi Away oleh Harith Hashim


Jersi Third oleh Mohamad Yusri Saad


Berikut merupakan gambar pemenang-pemenang rekaan jersi bagi kategori Home, Away dan Third bersama Presiden KFA, YAB Dato' Seri Mukhriz Mahathir dan YB Aminuddin Omar.




 Penaja jersi yang baru, Warrix, jenama yang berasal dari Thailand. Persatuan Bolasepak Kedah telah bersetuju dengan tawaran Warrix Sports Co. Ltd yang berpangkalan di Bangkok, Thailand untuk menaja skuad Helang Merah bagi musim 2015. Selain itu, Warrix turut menaja pasukan utama Liga Premier Thailand seperti Chiang Mai FC, Nakhonratchasima Mazda FC.

Penajaan syarikat tersebut adalah meliputi penajaan Kelengkapan pakaian sukan untuk skuad Liga Premier, Piala Presiden dan Piala Belia Kedah. Moto utama Warrix ialah  " Way To Win ! ".



Sunday 23 November 2014

PEMAIN IMPORT KEDAH FA 2015

Setelah sekian lama tertanya-tanya siapakah pemain import pasukan Kedah bagi musim 2015 akhirnya terjawab setelah pihak Media KFA setakat ini telah mendedahkan dan mengesahkan 3 orang pemain import tersebut. Ketiga-tiga orang pemain import tersebut berasal dari benua Afrika. Seorang lagi pemain import dari benua Asia dijangka tiba pada bulan Disember nanti. Apapun, berikut merupakan info tentang ketiga-tiga pemain import tersebut.

 1. CHIDI EDEH 



Berdasarkan rekod, Chidi Edeh menjaringkan 43 gol dalam 64 penampilannya bersama kelabnya yang terdahulu, East Bengal FC. Pemain kelahiran Lagos, Nigeria ini pernah mencipta rekod selaku pemain kelima menjaringkan 100 gol di dalam Liga-I (India) bersama kelab yang berbeza. Semoga pemain ini dapat memberikan komitmen yang tinggi untuk Kedah dan membantu pasukan Kedah beraksi semula di Liga Super 2016. Berikut merupakan profile Chidi Edeh:

Nama:  Chidi Edeh
Posisi:  Penyerang
Umur:  27 Tahun
Tinggi:  1.78 cm
Asal:  Lagos, Nigeria
Kelab sebelum: Enugu Rangers FC



2. LAWRENCE OLUM



Pemain yang beraksi di bahagian pertahanan, Lawrence Olum merupakan pemain skuad kebangsaan Kenya. Lawrence Olum sebelum ini bermain di kelab Sporting Kansas City FC yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Beliau bukan sahaja boleh bermain di bahagian pertahanan, malah boleh bertindak sebagai pemain tengah. Diharapkan pemain ini dapat memantapkan lagi bahagian pertahanan Kedah dari dibolosi pihak lawan. Berikut merupakan profile Lawrence Olum: 

Nama:  Lawrence Olum
Posisi:  Pertahanan/Tengah
Umur:  30 Tahun
Tinggi:  1.88 cm
Asal:  Nairobi, Kenya
Kelab sebelum: Sporting Kansas City FC



3. KEITH MARTU NAH



Penyerang dari Liberia, Keith M Nah merupakan pemain muda yang baru sahaja berusia 20 tahun. Kalau dilihat gaya rambut, tak ubah seperti pemain muda Juventus, Paul Pogba. Pada tahun 2013, beliau dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Liga kedua Myanmar (MNL 2) 2013 di samping menjuarai kejohanan tersebut dan membantu pasukannya, Chin United FC untuk beraksi di Liga pertama Myanmar (MNL 1). Semoga tenaga mudanya dapat membantu pasukan Kedah merealisasikan impian penyokong Hijau Kuning untuk melihat pasukan Kedah bermain di Liga Super semula. Berikut merupakan profile Keith M Nah:


Nama:  Keith Martu Nah
Posisi:  Penyerang
Umur:  20 Tahun
Tinggi:  1.74 cm
Asal:  Liberia
Kelab sebelum: Chin United FC



4. BANG SEUNG HWAN



Mengikut undang-undang yang ditetapkan oleh FAM, seorang pemain Import dari benua Asia wajib didaftarkan dalam 4 kuota pemain import. Pemain dari Korea Selatan Bang Seung Hwan telah diimport oleh KFA untuk mengemudi bahagian tengah pasukan Kedah. Beliau tidak asing lagi bermain di dalam Liga Malaysia apabila pernah mewakili UiTM FC pada musim 2014. Antara kelab yang pernah diwakili oleh Seung Hwan ialah Incheon United, Jeju United, Seoul FC, Busan IPark dan Air Force Central. Selamat datang Bang Seung Hwan !




Nama:  Bang Seung Hwan
Posisi:  Tengah
Umur:  31 Tahun
Tinggi:  1.84 cm
Asal:  Korea Selatan
Kelab sebelum: Air Force Central


















Saturday 22 November 2014

INFO PEMAIN BARU KEDAH MUSIM 2015

LIGA-M 2014 telah melabuhkan tirainya, kini tumpuan beralih ke persiapan pasukan Kedah bagi menghadapi cabaran di Liga Perdana 2015....topik yang sering meniti dari bibir ke bibir penyokong Hijau Kuning sudah semestinya pemain tempatan baru yang menyertai pasukan Kedah...Siapakah ??


Mohd Syazwan Abdullah
Beraksi di posisi penjaga gol, Mohd Syazwan Abdullah merupakan pemain muda Kedah yang beraksi di Kejohanan Liga Remaja bawah 14 tahun mewakili Sekolah Menengah Tunku Anum pada tahun 2010 dan membantu pasukannya menjadi juara. Beliau juga dinobatkan sebagai Penjaga Gol Terbaik dalam kejohanan tersebut.



P. Rajesh
Kita beralih pula di posisi pertahanan, P.Rajesh, seorang pemain berbangsa India. Beliau berumur 29 tahun dah pernah mewakili pasukan PKNS FC dari tahun 2011 hingga tahun 2013 dan pasukan Selangor FA pada tahun 2014. Mungkin kita jarang melihat pemain ini beraksi di Liga M, namun ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe tahu apa yang dia perlu buat.



Sabree Mat Abu
Pemain yang cukup sinonim dengan gelaran "Adigun", Sabree Mat Abu akhirnya kembali menabur bakti bersama pasukan Kedah pada musim 2015. Pemain kelahiran Parit Buntar, Perak sebelum ini telah berkelana ke pasukan PDRM FA pada tahun 2014 dan membantu pasukannya menjuarai Liga Perdana 2014.


Henry Lew Han Hung
Pemain Piala Presiden Kedah 2013, Henry Lew Han Hung yang menandatangani kontrak bersama pasukan Penang FA pada tahun 2014 kini bakal beraksi bersama pasukan Kedah. Susuk tubuh tegap yang dimilikkinya  diharapkan dapat membantu barisan pertahanan daripada dibolosi pihak lawan.

K. Soley
Bagai sirih pulang ke gagang, akhirnya K. Soley kembali ke negeri kelahirannya untuk mewakili pasukan Kedah FA di dalam kancah Liga Perdana 2015. Kali terakhir beraksi bersama pasukan Kedah adalah pada tahun 2007 dan kemudiannya berhijrah ke Perlis FA, Kelantan FA, Selangor FA dan Felda United FC.



Shakir Ali
Pemain yang pernah dikritik hebat oleh segelintir penyokong Kedah di atas prestasi yang kurang memuaskan pada suatu ketika dahulu kini dipanggil semula oleh KFA untuk bermain. Prestasinya yang kian memuncak ketika bersama Pasukan Negeri Sembilan FA pada tahun 2012 telah menarik perhatian K.Rajagbal untuk dipilih mewakili Malaysia. Pemain yang berasal dari Jitra, Kedah ini kemudiaanya menyertai pasukan Kelantan FA pada tahun 2014 sebelum menandatangi kontrak bersama Kedah FA.



















JERSI KEDAH MUSIM 2015






Tahniah kepada peserta pertandingan rekaan jersi skuad hijaukuning dan berikut adalah rekaan jersi Top 5 HOME, AWAY dan 3RD. Salah satu rekaan untuk setiap kategori akan dipilih dan menjadi jersi kebanggan hijaukuning musim 2015.




Keputusan Top 5 dipilih oleh peminat hijaukuning dan kini hanya tinggal pemilihan akhir oleh YAB Dato' Seri Mukhriz Mahathir dan beberapa panel melihat kepada beberapa faktor lain seperti ketepatan tema, inspirasi dan ketulenan rekaan. Nantikan keputusan 3 jersi terpilih Isnin ini!

Semua peserta TOP 5 untuk setiap kategori dijemput hadir untuk Majlis Pengumuman Pemenang HADIAH UTAMA Pertandingan Rekaan Jersi KFA 2015 seperti berikut:

Tarikh: 24.11.2014 Isnin
Masa: 12:00 tengahari
Tempat: Cafe VIP, Aras 2, Wisma Darul Aman

Anda juga boleh menyaksikan siaran secara langsung majlis pengumuman pemenang dan rekaan terbaik jersi skuad hijaukuning HOME, AWAY dan 3RD di KFA TV -->> http://www.youtube.com/watch?v=74a8G6kiCeA&feature=youtu.be


Friday 21 November 2014

SENARAI PEMAIN KEDAH YANG AKAN BERHIJRAH PADA MUSIM 2015

Berikut ialah senarai Pemain Kedah yang berhijrah pada musim 2015 nanti. Sama-samalah kita berharap semoga mereka akan berjaya dan melakukan yang terbaik di pasukan masing masing!

1. SAIFUL AMAR SUDAR --> PDRM
2. MUHAIMIN MOHAMAD --> SABAH
3. RIDZUAN RUMLEE --> BELUM DIKETAHUI
4. FARISS AZLAN MAT ISA --> SABAH
5. AZMIZI AZMI --> PERAK
6. SHAHRUL EZRAIN --> BELUM DIKETAHUI
7. WAN AHMAD SYUKRI --> BELUM DIKETAHUI
8. ADAM GRIFFITHS (import) --> BELUM DIKETAHUI
9. JOSE FRANCO GOMEZ (import) --> BELUM DIKETAHUI
10. NAMKUNG WOONG (import) --> BELUM DIKETAHUI
11. BILLY MEHMET (import) --> SARAWAK
12. KHYRIL MUHYMEEN ZAMBRI --> NEGERI SEMBILAN
13. MOHD FAIZAL ABU BAKAR --> PDRM
14. ZURAINDEY JUMAI --> SABAH
15. FAZLIATA TAIB --> NEGERI SEMBILAN

BARISAN PEMAIN DAN PEGAWAI KEDAH FA 2015





Senarai pemain dan pegawai yang akan menyertai pasukan Hijau Kuning pada musim 2015 nanti:

PENGURUSAN PASUKAN
PENGURUS: DATO' JEFFREY LOW HAN CHOW
PENOLONG PENGURUS: SHAFARIZAM BADERON
PEGAWAI PERHUBUNGAN: SUHAIDI SHUKRI
PEGAWAI KESELAMATAN: IDRIS MANSOR
PEGAWAI MEDIA: TAJUL ARIFIN KAMAL BAHARIN

KEJURULATIHAN/TEKNIKAL
JURULATIH: TAN CHENG HOE
PEN. J/L: IAN ANDREW GILLAN, MOHD NIDZAM ADZHA YUSOF
JURULATIH KECERGASAN: RAMON MARCOTE
JURULATIH PG: ABDUL TALIB SAIDI
KITMAN: ABD RAZAK MD DESA, MOHD NASIR OTHMAN
FISIOTERAPIST: MUHD NURILLYA SAMSUDDIN
PEGAWAI PERUBATAN: MOHD SHAHRIZAL

PENJAGA GOL
1. ABD HADI ABD HAMID
2. MOHD SYAZWAN ABDULLAH
3. -pemain tempatan-

PERTAHANAN
4. MOHD RIZAL GHAZALI
5. KHAIRUL HELMI JOHARI 
6. SHAFIZAN HASHIM
7. P. RAGESH
8. MOHD SABREE MAT ABU
9.  HENRY LEW
10.
MOHD RAPHI AZIZAN MARIAPPEN
11. LAWRENCE OLUM

TENGAH
12. SYAZWAN TAJUDIN
13. SHAZUAN ASYRAF MATTHEWS
14. MUHD FARHAN ROSLAN
15. SOLIHIN KANASIAN ABDULLAH
16. BADDROL BAKHTIAR
17. MOHD SYAMIM ALIFF MOHD SOBRI
18. MOHD HANIF MATDZAHIR
19. MOHD SYAZWAN ZAINON
20.
BANG SEUNG HWAN 


PENYERANG
22. MUHD SYAFIQ AHMAD
23. AHMAD SHAKIR MOHD ALI
24. KEITH M NAH
25. CHIDI EDEH (Nigeria)