LIKE KEDAH FC FAN PAGE

Sponsored Post

Monday, 5 January 2015

KFA Turut Melenting Isu Gary




Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) mempersoalkan status pemain kebangsaan, Gary Steven Robbat yang disifatkan mempunyai 'tiket istimewa'.

Naib Presiden KFA, Datuk Othman Aziz berkata, ini kerana pemain itu dibenarkan mendahului ketetapan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) apabila boleh beraksi bersama pasukan lain, meskipun Kedah sebenarnya adalah negeri kelahirannya sekaligus wajar mengikatnya lebih dulu.

"Berdasarkan undang-undang FAM, semua pemain yang terbabit dengan pasukan Harimau Muda, kena balik ke negeri asal sejurus dilepaskan. Dalam kes Gary ini, sepatutnya dia balik ke Kedah dulu.

Luahkan hasrat

"Lepas pulang ke negeri asal, barulah dia boleh meluahkan hasrat jika ingin bermain dengan negeri lain. Mana boleh main tandatangan macam itu. "Sepatutnya semua pihak sudah memahami peraturan ditetapkan FAM ini dan bukannya membuat tindakan sendiri dengan membelakangkan persatuan (FAM)," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan kontroversi Gary yang juga anak kelahiran Kulim, Kedah, mengikat kontrak serentak dengan Johor Darul Takzim (JDT) dan Pahang bagi saingan musim depan.

Berikutan itu, FAM mengemukakan surat tunjuk sebab kepada pemain berkenaan. Pemain itu yang mengikat kontrak setahun dengan JDT dilapor akan menjawab surat tunjuk sebab kepada FAM melalui majikan baharunya, Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ).

Ditanya mengenai status Gary bersama Kedah, Othman berkata sehingga kini pemain itu atau PBNJ tidak pernah menghubungi KFA untuk berbincang mengenai hasrat dengan JDT. "Secara jujur KFA sendiri memang berminat menggunakan khidmat bekas pemain Harimau Muda A ini pada Liga Malaysia musim depan bagi meningkatkan prestasi Helang Merah.

Mengenai dakwaan Gary bukan produk Kedah kerana pemain itu tidak pernah beraksi di bawah Piala Presiden negeri itu, Othman berkata perkara itu akan ditentukan oleh Jawatankuasa Status Pemain FAM pada Rabu ini.

Dalam pada itu, Presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dijangka merungkai perkembangan mengenai isu terbabit pada satu sesi wawancara bersama media dan penyokong JDT di Bilik Media Stadium Tan Sri Hassan Yunos, jam 2 petang hari ini.


No comments:

Post a Comment