Khyril berkata, penghijrahan pemain ke pasukan baharu merupakan lumrah dalam dunia bola sepak profesional dan tidak perlu dihairankan.
“Kini saya sudah mempunyai majikan baru. Jadi, saya perlu mengikut arahan mereka,” katanya yang memberitahu akan memberikan sepenuh komitmen kepada skuad Rusa apabila bertemu skuad Hijau Kuning dalam perlawanan.
Lagipun, katanya, tidak menjadi kesalahan untuk bermula dari bawah sekiranya tindakan sedemikian dapat membantu skuad Jang kembali digeruni dalam kancah Liga Malaysia.
“Lazimnya, setiap pemain mencari piala dan saya sudah ada semuanya. Justeru, apa salahnya saya mencuba bersama pasukan yang betul-betul memerlukan (pemain) untuk menuju ke Liga Super, sekali gus menaikkan nama Negeri Sembilan,” katanya.
Menurut Khyril, memang agak berat untuk meninggalkan Kedah, namun komitmen ditunjukkan pasukan dan pihak pengurusan telah memikat hatinya untuk menyarung jersi skuad Hoben Jang Hoben.
“Saya lihat pasukan ini mempunyai fokus untuk mencapai matlamat ditetapkan,” katanya yang beraksi untuk Kedah selama 10 tahun dan dikenali dengan jolokan KM18 dalam kalangan peminat bola sepak tanah air.
No comments:
Post a Comment