LIKE KEDAH FC FAN PAGE

Sponsored Post

Wednesday, 3 December 2014

Siri Perlawanan Ujian pertama: TAN CHENG HOE MULA MENGUJI PEMAIN

             Jurulatih Kedah Tan Cheng Hoe sudah mula menguji anak-anak buahnya dalam siri perlawanan ujian yang pertama melalui perlawanan menentang Sungai Ara Fc di Stadium Mini Sungai Ara pada malam 2 Disember 2014. Pada perlawanan pertama itu bertujuan mencari keserasian antara pemain baru,lama dan 4 orang pemain import baru (1 orang pemain Korea belum disahkan) yang diturunkan pada malam itu.

             Pada perlawanan tersebut Skuad Helang Merah telah tewas 1-2 kepada Sungai Ara FC. Gol pembukaan perlawanan dijaringkan oleh pasukan Kedah melalui Mohd Rizal Ghazali pada minit 31.Manakala gol penyamaan dan kemenangan Sungai Ara FC dijaringkan oleh Azrul pada minit 50 dan 67.

              Walaupun tewas,pasukan Kedah dan ratusan penyokong yang hadir melihat perlawanan tersebut sebagai sesuatu yang positif dan berpuas hati dengan corak yang dipamerkan pasukan Helang merah dalam mencari keserasian antara pemain. Tan Cheng Hoe hampir menguji kesemua pemainnya pada malam itu,antaranya menguji penjaga gol Husairi Ibrahim serta 3 pemain import baru iaitu Lawrence,chidi dan Keith.Turut diuji pemain import ujian dari Korea Selatan Bang Seung Hwan.Dalam perlawanan itu,beberapa percubaan berbahaya ke arah gawang gol Sungai Ara FC berjaya dinafikan oleh penjaga gol mereka.

             Kedah akan meneruskan siri perlawanan ujian seterusnya apabila akan bertemu pasukan kelab dari Selatan Thailand, Songhkla United Fc pada 13 Disember 2014,jam 4.45 petang di Stadium Mini UUM, Sintok. Diharapkan pemain akan menunjukkan kesungguhan dan keserasian yang mantap dalam membentuk pasukan yang terbaik dalam misi ke Liga Super 2016.











SUMBER GAMBAR: Kredit  Persatuan Bolasepak Kedah - KFA -




No comments:

Post a Comment