LIKE KEDAH FC FAN PAGE

Sponsored Post

Sunday 21 December 2014

Galeri Foto Final Piala AFF Suzuki 2014 2nd Leg

Pemain tengah Thailand, Kroekrit Thawikan, memberi reaksi tidak puas hati selepas mensia-siakan peluang menjaringkan gol sewaktu menentang Malaysia dalam perlawanan akhir pusingan kedua Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Safiq Rahim (jersi No. 8) menjaringkan gol pertama melalui sepakan penalti sewaktu perlawanan akhir pusingan kedua Piala AFF Suzuki 2014 menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 20 Disember.

Pemain Malaysia meraikan kegembiraan selepas Indra Putra menjaringkan gol kedua negara sewaktu perlawanan akhir pusingan kedua Piala AFF Suzuki 2014 menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 20 Disember.

Pemain tengah Harimau Malaya, Azamuddin Mohd Akil (kanan) bergelut dengan pemain Thailand, Kroekrit Thawikan, sewaktu perlawanan akhir pusingan kedua Piala AFF Suzuki 2014 menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 20 Disember.

Penyerang negara, Safiq Rahim, pamer kegembiraan bersama teman sepasukan selepas menjaringkan gol ketiga Malaysia sewaktu perlawanan akhir pusingan kedua Piala AFF Suzuki 2014 menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Indra Putra Mahayuddin, meraikan kegembiraan bersama penyokong Harimau Malaya selepas menjaringkan gol kedua Malaysia pada perlawanan akhir pusingan kedua Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Indra Putra Mahayuddin (atas) menanduk bola melepasi gawang Thailand sewaktu perlawanan akhir pusingan kedua Piala AFF Suzuki 2014 menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pemain pasukan bola sepak Thailand meraikan kemenangan selepas menewaskan Malaysia dalam perlawanan akhir pusingan kedua Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 20 Disember.

Pemain Malaysia, Indra Putra Mahayuddin meraikan gol kedua pada separuh masa pertama perlawanan akhir pusingan kedua Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia dan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur pada Sabtu.

Gaya tersendiri Safiq Rahim (kanan) selepas menjaringkan gol sewaktu menentang Thailand dalam perlawanan akhir pusingan kedua Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Meskipun skuad negara mengekalkan momentum kesungguhan, pasukan Thailand bangkit dengan dua gol bagi memastikan kejuaraan milik pasukan Gajah Perang itu.

JUARA... Pasukan Thailand meraikan kejayaan pada final kedua Piala AFF Suzuki 2014 Malaysia menentang Thailand di Stadium Bukit Jalil Kuala Lumpur pada Sabtu.

No comments:

Post a Comment