LIKE KEDAH FC FAN PAGE

Sponsored Post

Monday 8 December 2014

PERGADUHAN SEGELINTIR PENYOKONG MEMALUKAN MALAYSIA

             Kekalahan 1-2 pasukan Malaysia kepada Vietnam dalam separuh akhir pertama AFF Suzuki Cup semalam sedikit sebanyak telah mengecewakan penyokong dan rakyat Malaysia terutama bagi mereka yang hadir menyaksikan perlawanan itu di Stadium Shah Alam. Namun paling mengecewakan masih terdapat segelintir penyokong yang tidak tahu matlamat sebenar ketika berada di dalam stadium dan sewaktu memberikan sokongan kepada pasukan yang diminati.
 
             Aksi separuh akhir pertama, Piala AFF Suzuki 2014, malam tadi sedikit tercemar dengan tindakan segelintir penyokong kedua-dua pasukan yang bergaduh.
           
             Insiden kecil itu berlaku ketika perlawanan memasuki minit ke-85, di mana Harimau Malaya waktu itu sudah ketinggalan 1-2 kepada Vietnam.Ternyata pergaduhan itu pada awalnya sukar dilerai polis yang bertugas di kawasan di mana insiden berkenaan berlaku, memaksa ia berlarutan sehingga tamat aksi 90 minit perlawanan kedua-dua pasukan.

            Bahkan tindakan segelintir penyokong Harimau Malaya melemparkan botol air ke arah penyokong Vietnam menambah lagi ketegangan kedua-dua penyokong.

            Menurut saksi yang juga pengawal keselamatan stadium terbabit, insiden pergaduhan itu berlaku dikatakan bermula daripada pertengkaran mulut oleh segelintir penyokong kedua-dua pasukan.

"Ada beberapa penyokong (Vietnam) yang cedera di badan dan kepala selepas dipercayai terkena benda tumpul seperti botol air yang dibaling dari arah atas dan tepi, tapi jumlahnya kita tidak tahu," katanya.

           Berdasarkan tinjauan di lokasi kejadian juga, tiada benteng penahan kukuh seperti pagar besi yang memisahkan jarak kedua-dua penyokong dipasang di tempat berkenaan, sebaliknya hanya sekadar kawalan oleh pihak keselamatan stadium dan polis.









Susulan insiden tersebut:

Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) hari ini telah membuat keputusan untuk tidak mengiktiraf dan mengharamkan Inter Johor Firms (IJF) seumur hidup dari memasuki Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos dan mana-mana stadium di Malaysia jika ada perlawanan yang melibatkan perlawanan melibatkan pasukan dariYA negeri Johor.

Tidakan ini telah diperkenan oleh DM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor untuk menghalang sebarang pengibatan IJF kerana telah menemarkan imej negari Johor.

Menurut Tungku Ismail, "Pihak yang bertanggungjawab memberi imej buruk dan memalukan negeri Johor akan ditangani dengan segera kerana kumpulan pelampau seperti ini tidak diiktiraf sebagai warga Johor. Orang-orang seperti ini yang telah memberi nama buruk perlu dikutuk sekeras-kerasnya oleh sekalian rakyat Johor".

Pihak PBNJ akan bekerjasama dengan Polis DiRaja Malaysia untuk menghalang kegiatan kumpulan pelampau ini dari menimbukan huru-hara lagi dalam bola sepak.

PBNJ mengambil keputusan ini bukan kerana kejadian yang berlaku di Stadium Shah Alam semalam tetapi adalah kerana DYAM Tunku Mahkota Johor merangkap Presiden PBNJ mengutuk sekeras-kerasnya mana mana organisasi yang mengamalkan ideologi 'Hooligan' dalam menyatakan sokongan mereka terhadap pasukan.

Dari berita semalam pula kumpulan pelampau 'hooligans' ini diperayai telah terlibat dalam pergaduhan di Stadium Shah Alam semalam selepas Malaysia tewas 1-2 di tangan Vietnam. Mereka diperayai telah memukul penyokong Vietnam yang meraikan kemenangan mereka.



No comments:

Post a Comment