LIKE KEDAH FC FAN PAGE

Sponsored Post

Thursday 18 December 2014

THAILAND BENAM MALAYSIA 2-O




                  THAILAND berjaya menang 2-0 menewaskan Malaysia di Stadium Rajamangala, di sini, dalam saingan pertama final AFF Suzuki 2014, malam ini.

Gol pertama dijaringkan oleh Charyl Chappuis minit ke-71 setelah Thailand dihadiahkan sepakan penalti akibat kekasaran dari pemain Malaysia.

Thailand menggandakan jaringan pada minit ke-86 hasil kombinasi menarik dari Kroekrit Thawikan yang menerima hantaran dari Chanathip Songkrasin.

Aksi pada separuh masa pertama menyaksikan Thailand dan Malaysia mempamerkan perlawanan seimbang dengan kedua-dua pasukan bertindak memburu gol awal.

Harimau Malaya bermula garang di Stadium Rajamangala dan bagaimanapun gagal memanfaatkan dua peluang ketika berdepan penjaga gol Thailand, Kawin Thamsatchanan.

Mohd Amri Yahyah gagal menyempurnakan hantaran Safiq Rahim pada minit ketiga apabila rembatan berjaya ditepis keluar sebelum Norshahrul Idlan Talaha menguji ketangkasan Kawin pada minit keenam.

Skuad Harimau Malaya hampir dibolosi apabila berlaku kecuaian yang dihidu oleh Mongkol Thosakrai namun percubaan itu berjaya dipatahkan penjaga gol kebangsaan, Mohd Farizal Marlias.

Pintu gol Malaysia terselamat apabila pemain sayap Thailand, Kroekrit Thawikan yang tidak dikawal melepaskan tendangan lemah yang tersasar ke kiri gol negara.

Dalam saingan kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil 20 Disember nanti, Malaysia perlu mencari dua gol untuk menyamakan kedudukan dan memberi harapan kepada skuad negara.

Harimau Longlai Selepas 70 Minit - Dollah Salleh
"Barisan pertahanan kami longlai selepas 70 minit permainan dan penalti itu merosakkan segala-galanya," kata Dollah yang menurunkan kesebelasan sama ketika perlawanan separuh akhir kedua ketika menentang Vietnam pada perlawanan malam tadi, sesuatu yang sudah dapat dijangka rakan sejawatannya, Kiatisuk Senamuang.

Begitupun, bekas jurulatih Pahang dan PDRM itu masih belum menafikan peluang Malaysia untuk bergelar juara dan menyifatkan semangatnya untuk menjulang gelaran serantau itu tetap membara pada perlawanan final kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

"Kami akan kembali dan bermain 200 peratus di laman sendiri dan saya merasakan kami mempunyai peluang di Bukit Jalil. Kami akan bermain bermati-matian untuk menang," katanya dipetik laman www.affsuzukicup.com.

No comments:

Post a Comment