LIKE KEDAH FC FAN PAGE

Sponsored Post

Monday 1 December 2014

TERUSKAN SOKONGAN BUAT "HARIMAU MALAYA"

Gambar: HarimauMalaya
       
HARGA TIKET:
RM40 DEWASA | RM10 KANAK KANAK
*Dijual secara ONLINE esok.

1. Tiket akan di jual secara online esok (2 Dis) dan di Stadium Shah Alam mulai Jumaat (5 Dis).
2. Pembelian boleh di buat mulai esok pagi.
3. Setiap orang hanya di benarkan membeli sebanyak 4 tiket.
4. Pembahagian tiket untuk penyokong Vietnam akan dimaklum kemudian.
5. Tiada tiket akan di jual di FAM Kelana Jaya.

Ayuh ke Stadium Shah Alam! Inilah Tanah Tumpah Darahku!

Info terkini (3:28pm) oleh FAM:

Tarikh - 7 Disember 2014 (Ahad)
Tempat - Stadium Shah Alam
Masa - 8:45 malam
Harga - RM40 (Dewasa) RM10 (Kanak-kanak bawah 12 tahun)

Jualan online: http://www.tickethotline.com.my/
- Bermula pada 9:00 pagi 2 Dis 2014 (maksimum 4 tiket setiap transaksi)
- Ticket yang dibeli secara online boleh ditebus di Stadium Melawati, Shah Alam bermula hari Jumaat (5 Disember 2014)

Jualan di kaunter:
Kaunter tiket di Stadium Malawati,Shah Alam (maksimum 4 tiket setiap transaksi)
Jumaat (5 Disember 2014) -10:00 pagi -7.00 petang *
Sabtu (6 Disember 2014) -10:00 pagi -7.00 petang *
Ahad (7 Disember 2014) 10:00 pagi - hingga bermula perlawanan*



JANGAN CEPAT SANGAT "HUKUM" SKUAD HARIMAU MALAYA - Khairy
        
         Sikap tidak berputus asa skuad Harimau Malaya sehingga mara ke separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014 semalam, mendapat pujian Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata walaupun segelintir pihak menyatakan sepakan penalti menjadi penyelamat kepada skuad bimbingan Dollah Salleh itu, beliau yakin kejayaan menundukkan Singapura 3-1, dipacu semangat juang yang tinggi.

"Setelah Singapura menjaringkan gol (penyamaan), saya lihat pasukan kita tidak putus asa. Mungkin ada yang kata, kita menang sebab penalti.

"Penalti itu kita dapat sebab kita terus berjuang dan bukan kita cepat mengalah. Semangat untuk menyerang itu yang telah mendapatkan penalti," katanya mengulas kemenangan skuad Harimau Malaya itu.

Khairy ditemui pemberita selepas merasmikan forum 'Stop the Violence Against Women' (Hentikan Keganasan Terhadap Wanita) di Universiti Malaya, di sini hari ini.



Dalam pada itu, Khairy menggesa seluruh peminat bola sepak tanah air memberi sokongan dengan membanjiri Stadium Shah Alam pada perlawanan separuh akhir pertama, berdepan Vietnam pada 7 Dis ini.

Malah, beliau yang yakin dengan kredibiliti Dollah dan anak buahnya, berharap tidak akan ada lagi kritikan pedas terhadap skuad Harimau Malaya seperti yang berlaku menjelang kejohanan berkenaan, baru-baru ini.

"Inilah contoh di mana kita jangan cepat sangat menghukum, mengkritik pasukan kita. Bagi segala sokongan kepada mereka," tegas Khairy.

Satu lagi perlawanan separuh akhir melibatkan pertemuan antara Thailand yang muncul juara kumpulan B, berdepan naib juara kumpulan A, Filipina.

SUMBER: BERNAMA

No comments:

Post a Comment