LIKE KEDAH FC FAN PAGE

Sponsored Post

Tuesday 16 December 2014

Gary Masih Hak Milik Lang Merah?




PERSATUAN Bola Sepak Kedah (KFA) menjelaskan sehingga kini pemain kebangsaan, Gary Steven Robbat, masih lagi milik mereka dan pemain itu perlu kembali ke pangkuan Lang Merah.

Penolong pengurus pasukan, Shafarizam Baderom berkata, Gary perlu kembali ke pasukan asal seperti mana yang ditetapkan olehPersatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Menurutnya, pemain kelahiran Kulim itu sepatutnya melaporkan diri sebaik tamat tugasan bersama Harimau Muda namun sehingga kini dia masih belum berbuat demikian.

“Bagi kes Gary, pendirian kita tetap tidak akan melepaskan pemain ini dan dia perlu kembali ke Kedah dahulu untuk bermain selama setahun bersama pasukan seperti ditetapkan oleh FAM," katanya dalam satu kenyataan ringkas kepada Sinar Harian, semalam.

Shafarizam berkata, jika Gary enggan kembali sekalipun, pemain tersebut perlu mendapatkan surat pelepasan dari KFA untuk bersama pasukan lain.

Pemain berusia 22 tahun itu, menjadi rebutan tiga pasukan iaitu Kedah, Pahang dan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan sehingga kini FAM masih belum memutuskan sebarang jawapan.

sumber Berita : SINAR HARIAN

No comments:

Post a Comment