LIKE KEDAH FC FAN PAGE

Sponsored Post

Wednesday 7 January 2015

Gary, PBNJ Mungkin Digantung Semusim ??



Gary Steven Robbat atau Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) berdepan kemungkinan digantung semusim sekiranya didapati bersalah melanggar peraturan perpindahan pemain. Pengerusi Jawatankuasa Status FAM, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, hukuman gantung satu musim adalah antara kemungkinan yang boleh dikenakan terhadap pemain atau persatuan yang melanggar peraturan.

"Kami akan membincangkan kes Gary minggu depan selepas mendapat penjelasan dari semua pihak yang berkaitan. Jika jelas berlaku salah laku dalam soal menandatangani kontrak , hukuman paling berat ialah digantung satu musim. Kita juga tidak akan mengeluarkan lesen kepada pemain berkenaan dan ia termasuk untuk mewakili skuad kebangsaan".



Tidak Maklum Kepada KFA

Gary yang berasal dari Kulim, Kedah mencetus kontroversi apabila menandatangani kontrak bersama Pahang dan Johor Darul Takzim (JDT) akhir tahun lalu. Situasi bertambah tegang apabila dia yang sepatutnya mendapat pelepasan dari Kedah selepas keluar dari Harimau Muda, tidak memaklumkan kepada persatuan negeri itu untuk menyertai pasukan lain.

Takiyuddin berkata, dalam kes Gary, FAM akan membuat keputusan sewajarnya selepas melihat fakta-fakta dan mendengar penjelasan daripada semua pihak yang dikaitkan dengan isu terbabit. Mengikut kontrak pemain Harimau Muda, setiap pemain perlu kembali ke negeri asal mereka dan mendapat perlepasan dari persatuan negeri itu sekiranya mahu menyertai pasukan lain.

"Dalam kes Gary, dia sepatutnya mendapat pelepasan dari KFA untuk menyertai JDT. Apa pun jika persetujuan dicapai dengan KFA, perkara ini boleh diselesaikan," katanya. Ditanya mengenai tindakan terhadap Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) yang gagal menjelaskan tunggakan gaji pemainnya selama enam bulan, musim lalu, Takiyuddin berkata, pihaknya akan membincangkan kes itu, hari ini.


No comments:

Post a Comment