LIKE KEDAH FC FAN PAGE

Sponsored Post

Monday 5 January 2015

Kedah Usah Buat Mudah




HIJAU Kuning atau nama panggilan keduanya, Lang Merah melihat saingan Liga Premier musim depan tidak mudah yang disangkakan berikutan persiapan rapi beberapa pasukan lain mahu merebut dua slot automatik layak ke Liga Super 2016.

Kedah juga dilihat tidak kalah dengan persiapannya apabila masih lagi mengekalkan ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe untuk membina sendiri pasukan kendaliannya bagi musim 2015.

Pengurus pasukan, Datuk Jeffrey Low Hang Chow berkata, memang sasaran utama mereka adalah untuk layak ke liga utama negara pada tahun 2016, namun beliau percaya pasukan seperti Pulau Pinang, Sabah dan Negeri Sembilan boleh menggugat impian tersebut.

Bentuk persefahaman

Menurutnya, buat masa ini pasukan kejurulatihan sedang membentuk kesefahaman di kalangan pemain kerana lebih separuh pasukan adalah muka baru termasuk pemain import.

“Kedah akan cuba bersaing kali ini untuk layak secara automatik ke saingan Liga Super 2016 selepas berada di saingan Liga Premier beberapa musim dan ini adalah antara sasaran utama yang mahu dicapai.

“Bagaimanapun ia bukan satu tugas mudah malah saya secara peribadi melihat jadual liga yang dilewatkan bermula Februari 2015 memberi peluang kepada jurulatih untuk mencari kesebelasan utama yang sebenar,” katanya kepada Sinar Harian.

Persahabatan bina keyakinan Kedah sudah menghadapi beberapa perlawanan persahabatan untuk membina keyakinan pemain.

Sebelum itu, Hijau Kuning berjaya menewaskan pasukan Liga Super, Perak, 2-1 di laman lawan, menewaskan pasukan dari Thailand, Songkla United, 3-2, menewaskan pasukan Liga FAM, MIFA, 3-2 dan tewas pada perlawanan persahabatan pertama kepada pasukan Liga FAM, Sungai Ara FC, 2-1.

Jeffrey berkata, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) juga akan mengadakan perlawanan persahabatan timbal balik dengan Perak pada 30 Disember ini di Stadium Darul Aman dan juga pesaing dari utara, pasukan Liga Premier Pulau Pinang pada 5 Januari 2015.

Jelasnya, mereka juga dapat mengadakan perlawanan ujian menentang pasukan Liga Super Kelantan pada 26 Januari 2015 nanti.

No comments:

Post a Comment