LIKE KEDAH FC FAN PAGE

Sponsored Post

Friday 2 January 2015

Kontrak Gary Bersama JDT Tidak Sah ??



KUALA LUMPUR – Ketika dua pasukan Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Pahang berebut untuk mendapatkan bekas pemain Harimau Muda, Gary Steven Robbat, rupa-rupanya pasukan Liga Perdana Kedah yang memiliki ‘kelebihan’ dan berpeluang menyenaraikan nama bintang tengah berusia 22 tahun itu dalam skuadnya.


Menurut Pengerusi Jawatankuasa Status Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Takiyuddin Hassan, ini kerana mana-mana pemain yang dilepaskan oleh Harimau Muda dan berusia bawah 23 tahun, termasuk Gary, wajib kembali ke pangkuan pasukan negeri mereka berasal.

Berdasarkan syarat, Gary dari Kulim, Kedah wajib berkhidmat dengan skuad Lang Merah untuk sekurang-kurangnya setahun dan jika mahu bersama pasukan lain, dia perlu mendapatkan kebenaran daripada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

“Bagaimanapun, buat masa ini Jawatankuasa Status belum menetapkan bila persidangan akan dilakukan bagi membincangkan kes Gary. Tetapi pada 30 Disember lalu kami telah menghantar surat kepada Johor dan Kedah bagi mendapatkan penjelasan terperinci berhubung isu ini.

“Masih terlalu awal untuk saya menjangkakan keputusan bagi keas ini, tetapi berdasarkan apa yang saya faham di peringkat awal, Gary sebenarnya kena pulang dahulu kepada pasukan asal memandangkan dia masih dibawah umur 23 tahun, maknanya dia dilepaskan dengan bersyarat oleh Harimau Muda.

“Sekiranya dia telah menandatangani kontrak dengan mana-mana pasukan pun tidak sah kerana perlu mendapat kebenaran daripada pa­sukan asal untuk berbuat demikian, kecuali negeri asal dia tidak mahu guna khidmat dia.

“Tetapi, saya difahamkan Kedah amat berminat mendapatkan khidmat dia (Gary) dan sudah tentu saya kena mengkaji sedalam-dalamnya siapa yang berhak mendapatkan khidmat Gary,” katanya ketika dihubungi semalam.

Ditanya mengapa Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) tidak diberi sebarang surat penerangan dalam isu berkenaan, Takiyuddin berkata, perkara pokok yang perlu dilihat dalam soal ini adalah Kedah yang merupakan negeri asal kelahiran Gary perlu mendapat keutamaan.

“Saya hanya panggil wakil Kedah dan JDT sahaja dalam kes Gary, Pahang cuma dalam kes melibatkan Faizol Hussien kerana dia melarikan diri dari Pahang ketika masih ada kontrak.

“Walaupun saya tahu Gary ada menandatangani kontrak bersama Pahang sebelum kemudiannya de­ngan JDT, sekiranya tidak memohon kebenaran daripada Kedah, kontrak itu tetap dikira tidak sah,” katanya.

Gary sebelum ini menyatakan dia tidak akan ke mana-mana selagi FAM belum memutuskan nasibnya, namun pada 28 Disember lalu dia didapati menjalani latihan bersama JDT, malah kelmarin muncul dalam majlis memperkenalkan pemain juara 2014 itu bagi musim 2015.

Pemain tengah Harimau Malaya itu tersepit di celah kontroversi apabila namanya didaftarkan oleh Pahang, JDT dan Kedah sebaik tarikh pendaftaran pemain ditutup pada 5 Disember lalu.

No comments:

Post a Comment