LIKE KEDAH FC FAN PAGE

Sponsored Post

Thursday 8 January 2015

Muka Lama, Baru Ramuan Helang Merah


Sungai Petani: Pertahanan Kedah, Khairul Helmi Johari yakin skuad Helang Merah mampu tampil lebih garang pada aksi Liga Malaysia musim ini.

Dengan kembalinya semula pemain seperti Sabree Mat Abu, Solihin Kanasian Abdullah (K Soley) dan Shakir Ali serta kekalnya tonggak pasukan Baddrol Bakhtiar, Khairul yakin Helang Merah mampu melonjak musim ini.

“Walaupun sedih kehilangan rakan sepasukan lain yang bertukar jersi namun pada masa sama saya amat gembira kerana jurulatih Tan Cheng Hoe masih dapat memantapkan formasi pasukan.

“Kehadiran pemain impot Lawrence Olum (Kenya), Bang Seung Hwan (Korea Selatan), Keith M Nah (Liberia) dan Chidi Edeh (Nigeria) berjaya mengisi kekosongan yang ditinggalkan,” katanya ketika ditemui di Bandar Seri Astana, di sini.


                             


Khairul yang lebih mesra dipanggil Kay On berkata, begitu juga dengan muka baru dalam pasukan seperti Mohd Raphi Azizan Mariappen, Henry Lew Han Hung dan P Rajesh di bahagian pertahanan serta Mohamad Firdaus Muhammad (penjaga gol) boleh memberi kesegaran terhadap pasukan.

Katanya, kombinasi muka baru dengan pemain lama mampu memberi impak keseluruhan terhadap pasukan dengan sentuhan Cheng Hoe yang pernah membantu membimbing skuad kebangsaan.

“Amanat pengurusan ialah mahu meletakkan kembali Kedah di saingan Liga Super dan bagi saya ia sesuatu yang realistik kerana himpunan pemain berkualiti dapat merealisasikannya.

“Apa yang penting sekarang ialah menarik sebanyak mungkin sokongan peminat sebagai tambahan semangat buat pemain ketika bersaing di padang. Mereka peniup semangat yang paling komited,” katanya.

No comments:

Post a Comment