LIKE KEDAH FC FAN PAGE

Sponsored Post

Tuesday 6 January 2015

KFA Enggan Lepas




HASRAT pengendali skuad bola sepak negara Bawah 22 Tahun (B-22), Razip Ismail menggunakan khidmat pemain Kedah, Farhan Roslan dan Syazwan Tajuddin dilihat tipis memandangkan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) enggan melepaskan pemain tersebut.

Walaupun masih belum menerima surat rasmi dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung perkara tersebut, namun persiapan Lang Merah bakal terjejas jika hal ini menjadi kenyataan kerana Farhan dan Roslan sudah pun didaftarkan dalam skuad utama.

Setiausaha Kehormat KFA, Aminuddin Omar berkata, pihaknya kini mengakui berada dalam dilema sekiranya dua tonggak utama mereka, Farhan dan Syazwan menyertai B-22.

“Farhan dan Syazwan secara sah telah didaftarkan di dalam pasukan utama Kedah dan jika betul mereka sangat diperlukan Razip, agak sukar untuk kami mencari penggantinya dalam tempoh terdekat ini.

“Jika FAM mahu juga, kami berharap akan ada satu kaedah yang mampu memberi kebaikan kepada dua-dua pihak ,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Selepas diselubungi isu Gary Steven Robbat yang tidak mahu pulang menabur bakti bersama Lang Merah, KFA khuatir perkara tersebut berulang kepada dua pemain tersebut.

Tambah Aminuddin, pihaknya bersedia melepaskan kedua-dua pemain berkenaan menjelang kelayakan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 23 Tahun, namun mereka perlu terus bersama Kedah bagi menghadapi saingan Liga Malaysia.

“Perlu ada jaminan dari FAM berhubung hal ini sekiranya mereka benar-benar memerlukannya, kerana Kedah juga memerlukan khidmat mereka bagi saingan 2015,” katanya.

Sebelum ini, Farhan yang dianugerahkan sebagai Pemain Muda Harapan 100 Plus 2014 bersama Syazwan dan perancang Selangor, Nazmi Faiz Mansor berada di dalam radar Razip bagi memperkuatkan pasukan berkenaan menjelang kelayakan AFC di Qatar Mac depan.

No comments:

Post a Comment