LIKE KEDAH FC FAN PAGE

Sponsored Post

Tuesday 6 January 2015

Helang Merah Buka Pintu Untuk Gary


Kuala Lumpur: Jurulatih Kedah Tan Cheng Hoe mengalu-alukan kehadiran pemain tengah Gary Steven Robbat menyertai pasukannya, namun beliau menegaskan tidak berminat untuk menggunakan khidmat pemain yang ‘tiada hati’ untuk menyarung jersi Helang Merah.

Gary bekas pemain Harimau Muda A mencetuskan kontroversi apabila menjadi rebutan Pahang, Johor Darul Ta’zim (Johor DT) selain negeri kelahiran pemain itu Kedah.

Pemain berusia 22 tahun itu dilapor sudah menandatangani kontrak bersama juara Piala Malaysia, Pahang namun membuat keputusan mengejut menyertai skuad juara Liga Super Johor DT manakala Kedah pula tampil mempertahankan hak bahawa Gary sepatutnya menjadi milik Kedah apabila kontraknya bersama Harimau Muda A berakhir mengikut peraturan yang ditetapkan.

Menurut Cheng Hoe yang pernah menjadi penolong jurulatih Datuk K Rajagobal bersama skuad Harimau Malaya, beliau menyerahkan kepada Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk membuat keputusan.

“Sebagai jurulatih memang saya memerlukan khidmat pemain seperti Gary yang cukup berpengalaman, tapi ini semua terpulang kepada KFA dan FAM. Tapi kita juga perlu melihat kepada keinginan pemain itu juga, kalau dia tidak ada hati untuk bermain dengan Kedah, kita tidak boleh paksa,” katanya kepada Arena Metro semalam.

Cheng Hoe berkata, mereka tidak menunggu sehingga kes Gary selesai untuk membuat persiapan mengharungi saingan Liga Perdana bermula hujung bulan ini kerana menganggap beliau sudah mempunyai pemain diharapkan bagi misi layak ke Liga Super.

Musim ini Helang Merah bakal menggunakan empat pemain import baru iaitu penyerang Keith Martu Nah dari Liberia dan Chidi Edeh (Nigeria) serta pertahanan Lawrence Olum (Kenya) dan Bang Seung-Hwan (Korea Selatan).

No comments:

Post a Comment